Saturday, September 14, 2013


Assalammualaikum w.t.h..  Ramadhan dan Syawal telah pun berlalu , saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana pada dua bulan yang mulia ini rezeki semakin bertambah, banyak tempahan yang diterima dari pelanggan yang telah disiapkan. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk terus menjalani kehidupan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada followers,pengunjung dan pelanggan setia yang terus membeli dari blog ini. Kepercayaan anda membuatkan saya terus bersemangat untuk menguruskan blog ini.. Alhamdulillah jualan dari blog ini semakin meningkat saban tahun, ini adalah kerana sokongan dari anda semua, terima kasih yang tidak terhingga ikhlas dari saya Ryana..